Spirulina sebagai sumber Protein

Spirulina sebagai sumber Protein

Spirulina (Athospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah digunakn sejak berkurun lamanya sebagai sumber pemakanan kesihatan dan perawatan disemua peringkat umur. Sumber anti toksid yang tinggi yang terdapat dalam spirulina amat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat masa kini yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan penyakit seperti kanser, sakit jantung, lemah tubuh badan, kerosakan ginjal dan sebagainya.

Spirulina Kapsul keluaran HPA International ini merupakan “superfood” yang baik untuk semua lapisan umur.

Kajian di sebahagian negara membangun dan maju menunjukkan 60% penyebab kematian adalah disebabkan oleh kualiti makanan dan minuman yang rendah dan dipenuhi dengan kandungan toksid berbahaya. Ketiadaan dinding selulos merupakan ciri spirulina yang unik membolehkan ia begitu mudah diserap dalam tuuh badan dan amat sesuai untuk mereka yang telah lanjut usia.

Spirulina merupakan sumber nutrisi alami yang paling lengkap jika dibandingkan dengan sumber nutrisi lain. Spirulina memiliki manfaat sebagai sumber nutrisi 100% alami dan makanan yang bersifat alkali. Spirulina memiliki kandungan nutrisi antara lain iaitu:

  1. 60 – 70% Protein
  2. 20 – 25% Karbohidrat
  3. 3 – 5% Lemak
  4. 5 – 8% Mineral dan vitamin
  5. 2 – 5% Air
  6. Pigmen

Kelebihan spirulina adalah seperti berikut:

  • Bertindak sebagai anti-virus
  • Menurunkan kadar kolesterol
  • Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
  • Menurunkan risiko kanser
  • Menaikkan imunisasi tubuh
  • Meneutralkan keracunan pada ginjal
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat dalam usus yang membantu proses pencernaan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
  • Membantu mereka yang sering terdedah pada radiasi
  • Mengatasi kelemahan tubuh badan pada penderita kencing manis
  • Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka kepada sayuran hijau yang penting untuk tumbesaran

Zat dan Mineral yang terdapat pada Spirulina:

  • Beta Karotin utuk menguatkan penglihatan
  • Vitamin B- l2 ang membantu membentuk sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh
  • Klorofil bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti penuaan
  • Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti oksidan dan anti kanser dalam tubuh

Satu Botol mengandungi 60 biji kapsul.

Komposisi:

  1. Spirulina – 230mg

Dos:

  • 2 kapsul pada waktu pagi & 2 kapsul pada waktu malam selepas makan

 

PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)

Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.

1. WARNA SPIRULINA

Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.

Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.

2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI

Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.

Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI

SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakitanemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagaiphycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI

Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.

SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.

Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlubersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.

SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

Leave a Reply