Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Herba akan berkesan (berkhasiat) apabila pengamalannya memenuhi semua rukun-rukun yang ditentukan. Rukun-rukun herba diambil dari kisah seseorang yang meminta ubat daripada Rasulullah untuk menyembuhkan sakit perut. Rasulullah kemudian memberinya madu.

Setelah madu diminum ternyata tidak sembuh bahkan makin parah. Diulanginya hingga 4 kali barulah sakit itu sembuh. Oleh itu pesakit perlu dibimbing agar memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dari khasiat herba yang diambil. 

Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Yakin dan Tawakkal
  2. Amalan Berterusan
  3. Dos yang Mencukupi
  4. Munculnya Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

 

 

1. YAKIN DAN TAWAKKAL

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

 

2. AMALAN BERTERUSAN 

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

 

3. DOS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10 kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10 kg memerlukan 1 gram = 3-4 kapsul herba ubatan yang harus diamalkan.

 

4. MUNCULNYA KRISIS KESEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

DOC ini boleh dihilangkan dengan cara minum segelas air yang dicampur dengan 1 Kapsul Shark Cartilage.

Selain DOC, ada pula reaksi yang timbul selepas minum herba. Apabila reaksi berupa gatal timbul selepas minum herba, maka itu bukan DOC tetapi ia adalah Alergi.

Alergi ini timbul dari herba itu. Reaksi timbul tidak lama, lebih kurang sehari semalam sahaja.

Apabila reaksinya timbul sebulan kemudian, itu ertinya bukan lagi alergi terhadap herba itu tetapi ada benda lain yang masuk ke dalam tubuh badan, boleh jadi berupa debu dan lain-lain.

Apabila terjadi reaksi alergi, maka kena hentikan pengambilan herba. Sementara bila yang terjadi adalah DOC, maka teruskan pengambilan herba.

 

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas).

Leave a Reply