Merawat Penyakit Dengan Terapi Jus

Mungkin ramai diantara kita masih belum menyedari tentang khasiat jus yang ternyata mempunyai 1001 kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Meskipun proses penyediaannya mudah, tetapi masih ramai yang teragak-agak untuk mengamalkan jus buah-buahan atau sayuran segar kerana rasanya yang kurang enak.

Tahukah anda, ia adalah cara termurah, mudah dan cukup berkesan dalam membantu mengembalikan kesegaran serta meningkatkan kesihatan tubuh. Selaras dengan saranan Founder HPA International, Tuan Haji Ismail yang menyatakan bahawa pengambilan herba tanpa mengamalkan minuman jus adalah satu kesalahan besar bagi seorang herbalis.

Kaedah yang lebih dikenali sebagai terapi jus ini merupakan satu bentuk rawatan alternatif bagi mengekalkan kesihatan tubuh. Secara semula jadinya ia rendah lemak dan diperkaya dengan zat pemakanan dan serat. Ia bukan saja membantu menurunkan berat badan dan merangsang sistem pertahanan tubuh, malah mampu mempengaruhi penampilan dan mood seseorang menjadi bertambah baik. Sehari segelas jus mampu mengembalikan kesihatan tubuh badan anda. Selamat beramal!

Leave a Reply